Monday, June 20

The Others: Kembara Rumah Misteri Kajang bersama MobTv [Part 1]

The Others: Kembara Rumah Misteri Kajang













Salam
Edisi kali ini sangat istimewa buat kami kerana edisi ini turut disertai oleh crew penggambaran dari MOB TV.

hmm sebenarnya, Mob Tv meminta kepada kami untuk membuat rakaman tentang aktiviti the others, untuk disiarkan di mobtv.my - sebuah web tv yg akan dilancarkan pada Jun 2011.

(saksikan rakaman Rumah Misteri Kajang didalam rancangan 30 Minit di laman web MobTv.my)

Kami menerima lamaran itu sebagai suatu penghargaan kepada The Others. Jadi kami bersama-sama En. Nizam, VJ dari Mob TV merancang bersama-sama untuk menjayakan rancangan ini.

Lokasi

Setelah berminggu-minggu merancang dan membuat survey kami masih gagal untuk mengenalpasti lokasi yg sesuai untuk membuat penggambaran dan banyak juga faktor-faktor lain untuk kami fikirkan dahulu. Namun setelah meminta bantuan dari followers kami, kami berjaya mendapatkan lokasi sebuah rumah di Kajang, Selangor.

Nama rumah tersebut telah diubah oleh kami demi melindungi kepentingan individu-individu tertentu. Oleh itu baiklah kami panggilnya sebagai Rumah Misteri Kajang.

Misteri di lokasi tersebut sentiasa sama sahaja dengan lokasi-lokasi lain. Penampakkan lembaga-lembaga misteri dan bunyi-bunyian yang menyeramkan selain reputasi rumah dan cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut.
Jadi The Others ke sana untuk melihat dan merasai misteri dan kebenaran dari cerita-cerita tersebut.











 













Tinjauan awal

Sewaktu kami melakukan tinjauan awal. memang kelihatan dari luar, keadaan rumah itu sgt menyeramkan dan memberi perasaan tidak senang kepada kami. Kami terus meninjau untuk laluan keluar dan keadaan sekitar dan kami melalui satu lorong di sebelah rumah tersebut lalu kami menjumpai sebuah kawasan perkuburan islam dan di hujungnya ada satu lorong ke menuju bawah dan disana kami berjumpa lagi dengan satu deretan rumah terbiar yang tak kurang juga seramnya.
Lalu, alang-alang menyeluk perkasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. Kami membuat keputusan untuk pergi ke deretan rumah itu juga nanti.

Gambar di bawah adalah gambar kawasan sekitar lokasi











Hari kejadian

Jam 2200
kami berkumpul di tempat yang dijanjikan dengan crew Mob Tv.
Taklimat ringkas mengenai keselamatan dan formasi pergerakan dibuat oleh team The Others.
Setelah itu, kami bergerak ke kajang.

Jam 0030
kami tiba di kajang, disana ashes telah menunggu ditempat pertemuan. Disana kami membuat taklimat akhir sebelum memulakan kembara ke lokasi tersebut.

Rumah Misteri Pertama

Jam 0130
kami telah berkumpul di depan rumah tersebut, setelah berada dalam formasi, kami pun bergerak masuk ke dalam rumah pertama. Rumah ini terletak di simpang jalan. Ianya merupakan sebuah rumah dua tingkat. Kami bergerak masuk ke dalam ruang depan rumah tersebut. Keadaan sangat bersemak dan rumah itu kelihatan sangat usang.

Tetapi kami tidak dapat sampai ke tingkat atas kerana tangganya sudah runtuh jadi kami kembali ke tempat berkumpul.
Di sana kami bergerak ke rumah kedua yang terletak bersebelahan dari rumah pertama.

Keadaan rumah kedua lebih teruk. Ianya terletak didalam semak samun yang hampir kelihatan seperti hutan kecil. Ianya terlindung dari jalan dan pandangan dari luar. Kami bergerak masuk ke dalam rumah tersebut, tangga untuk ke tingkat atas juga runtuh dan kami cuma dapat memeriksa di kawasan bawahnya sahaja.

Semasa sampai di bilik belakang, Endi membisikkan sesuatu kepada Surfinv, memberitahunya bahawa ada seseorang berjalan di sebelah belakang kami, iaitu di luar rumah di bahagian belakang.
Kemudian kami terdengar bunyi tapak kaki berjalan dengan laju di bahagian belakang rumah.

Endi pun bergerak menuju ke belakang beserta jurukamera dan jurugambar, tetapi tiada sesiapa di situ. setelah beberapa lama, kami pun keluar dari rumah tersebut.

Gambar-gambar dari rumah pertama






















Kawasan luar rumah yang bersemak dan dinding rumah usang dapat dilihat.












































Bahagian Belakang Rumah

































































































































Kami lalu meneruskan penjelajahn kami ke rumah kedua yang terletak
di sebelah kiri rumah ( sebelah kiri gambar terakhir ). Keadaannya yang teruk
dan kawasan sekitar yang sunyi dan gelap diserta dengan sayup lolongan anjing membangkitkan lagi aura seram di sekeliling kami.

Ikuti sambungan di bahagian kedua...







20 komen:

horror giler umh nie....tpi tol ke korg dgr org berlari tuh?semua krew perasan ker...?

endi dgr 2-3 kali.. kali pertama mmg igt perasaan je.. kali kedua endi bgtau surfinv suruh dgr juga.. lepas surfinv pun dgr endi terus bawa seorang kameraman untuk pergi capture tp bila dorg keluar je ke belakang... senyap macam takde pape..

tingkap tu kat belakang surfinv. endi di sebelah pintu bersebelahan dgn surfinv, jadi didalm kedudukan formasi sehala, endi dan surfinv je yg plg jelas, manakala di depan surfinv adalah produser dan ashes, jadi maybe dorg tak perasan

ooo...yker..?mybe bende tuh nk introduce kot....dh tmpt die...hehe

assume kan org berlari je waktu tue

spe plak yg berlari tuh bro...nk tyer gak....

taktau la sbb kitorg pusing pergi ke belakang trus hilang n syp bunyi dia macam menyusup maybe binatang kot

U m a h N i D a h D i R o b o h K a n ( P r o j e k P e r u m a h a n ) .. C u m a P o k o k B e s a r B e r h a m p i r a n P o k o k T u J e k Y g T a k D i T u m b a n g K a n L a g i ..

C u b a B o n g k a r L u b a n g J e p u n K a t C o n v e n t K a j a n g N g a n H i g h S c h o o l K a j a n g , D i P e r c a y a i , L u b a n g ² J e p u n D i D u a S e k o l a h T e r s e b u t M e m p u n y a i " L i n k "..

boleh masuk ke? sekolah convent tue?

Aku pernah belajar tuisyen kt rumah tu. ni rumah quaters kerajaan n cikgu aku pernah dok situ x silap tahun 98-99 time tu SPM. Pastu tah sape jual kat satu pemaju yg terkenal d kajang. jadi rmh tu skrg dh usang x de sape tggl. Dekat sekolah lama aku dulu High school kajang mmg ade lubang jepun kt blakang blok paling akhir x silap ade la 7-8 lubang yg bleh tmbus ke convent (skrg dorang dh seal-up yg dekat convent tu). Btw highschool kajang byk jugak misterinya. try tgk2 kt situ. #Cheers

This comment has been removed by the author.

kalau krew2 semue nak tahu rumah kedua tu rumah peninggalan artis yg terkenel iaitu monafendi rumah itu tempat yang ianya dan suaminya memotong 18 kerat

Rumah nenek saya dekat dengan situ

Rumah nenek saya dekat dengan situ

luqman jamaluddin:boleh saya tahu area mana?

Rumah nie kajang area mana ye?

Rumah ni dah kena roboh...dekat sekolah cina yu hwa

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...